Tuesday, 1 April 2014

Rahsia solat 5 waktu sehari semlam.

As salam & selamat sejahtera...

Pasti ada antara kita yang tidak tahu rahsia di sebalik suruhan Allah untuk solat 5 waktu.Jom sama2 kita baca & fahami.Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur & dicerap melalui perubahan warna alam.Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu subuh    
Pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiriod yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki & komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya @ terlewat secara berulang-ulang kali,lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi & rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh & jasad bercantum (keserentakan masa & ruang dalam erti kata lain jaga dari tidur.Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap maksimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan  pada waktu rukuk & sujud.Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (israq & dhuha) & kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu zohor.Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi hati & perut yng berkaitan dengan sistem penghadaman.Warna kuning ini berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut & hilang sifat cerianya.

Waktu asar
Kemudian alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari & testis yang merangkumi sistem reproduktif kita.Jadi nak subur, silalah segerakan solat asar anda.

Waktu maghrib
Menjelang waktu maghrib, alam akan berubah kepda warna merah & waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang2 tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada ketika ini menghampiri frekuensi jin & iblis (infre-red) & ini bermakna jin & iblis pada waktu ini sangat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat maghrib dahulu) interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.Rahsia waktu maghrib @ warna merah ialah keyakinan pada frekuensi otot, saraf & tulang.

Waktu isyak
Apabila masuk waktu isyak, alam berubah ke warna indigo & seterusnya memasuki fasa kegelapan.Waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman & kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dngan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.Alam sekarang berada dalam keadaan kegelapan sebetulnya,  inilah waktu tidur dalam islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil delta dimana keseluruhan sistem tubuh berda dalam keadaan rehat.Selepas tengah malam, alam mula bersianar kembali dengan warna putih ,merah jambu & seterusnya ungu dimana ianya berkaitan dengan kelenjar pineal, pituitari, talamus & hipotalamus.Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini & dalam islam ini dipanggil qiamullail.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.Semoga selepas ini kita semua kan solat di awal waktu.

cc:legacy secret trading. 







No comments:

Popular Posts