Friday, 17 October 2014

Penyakit jantung pembunuh senyap.

Penyakit jantung

As salam & selamat sejahtera....

Pasti ramai yang sudah tahu mengenai penyakit jantung. Penyakit jantung merupakan pembunuh senyap yang paling merbahaya bagi kita. Ia menyerang tanpa mengira masa & siapa. Penyakit jantung merupakan penyebab ketidak-upayaan  & kematian pra-matang rakyat Malaysia pada masa kini. Jadi jom kita ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini, supaya kita dapat mengambil langkah-langkah pencegahan yg sewajarnya.

💙PENYAKIT JANTUNG💙
Ia berlaku akibat daripada tisu gentian lemak di dinding arteri. Timbunan ini boleh mengakibatkan arteri koronari menjadi sempit & separa tersumbat.
Ini mengakibatkan angina pektoris @ sakit dada kerana pengurangan aliran darah ke otot jantung. Arteri koronari yang tersumabt sepenuhnya boleh menyebabkan serangan jantung.

💚JENIS-JENIS PENYAKIT JANTUNG💚

1-PENYAKIT JANTUNG KONGENITAL (Berlaku sejak dalam kandungan).
#-Jantung berlubang.
#-Kecacatan injap jantung.

2-PENYAKIT JANTUNG BUKAN KONGENITAL (akibat cara hidup yang tidak sihat @ akibat jangkitan).
#-Penyakit jantung reumatik.
#-Penyakit jantung infektif.
#-Penyakit jantung koronari (paling kerap berlaku).

💚TANDA-TANDA SERANGAN JANTUNG💚
[✔]Sesak nafas.
[✔]Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah @ kiri dada & biasanya merebak ke lengan kiri & leher.
[✔]Sakit yang mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam / pengsan.
[✔]Berpeluh dingin.
[✔]Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
[✔]Pening kepala & berasa loya.

💚FAKTOR-FAKTOR RISIKO PENYAKIT JANTUNG KORONARI💚

*Faktor-faktor tidak boleh diubah.
[❌]Risiko meningkat dengan peningkatan umur
[❌]Jantina; kajian menunjukkan kaum lelaki mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
[❌]Keturunan; jika terdapat sejarah yang menghidap penyakit ini, ia akan meningkatkan risiko anda.

💚FAKTOR FAKTOR BOLEH DIUBAH💚
[✔]Tabiat merokok.
[✔]Kolestrol tinggi dalam darah.
[✔]Tekanan darah tinggi.
[✔]Pesakit diabetis.
[✔]Cara hidup sendentari.
[✔]Berat badan berlebihan.
[✔]Stress yang tidak ditangani dengan bijak.

Wednesday, 8 October 2014

Tips Asas Untuk Menjayakan Penyusuan Ekslusif

As salam & selamat sejahtera...

Kali ini saya nak kongsikan perkara asas yang perlu anda tahu untuk menjayakan penyususan secara esklusif.BIla anda sudah tahu perkara asas ini maka lebih mudah nutk anda membuat persediaan untuk menjayakannya nanti. Ini amat penting untuk ibu2 yang pertama kali melahirkan anak.Ingat susu ibu itu amat berkhasiat untuk bayi kita..

PERKARA ASAS YANG PERLU ANDA TAHU.


  1. ILMU-Baca pelbagai info susu ibu di internet/ buku/ majalah & turut serta dalam forum-forum penyusuan susu ibu untuk meningkatkan pengetahuan & semangat. Fahami kelebihan memberi susu ibu berbanding susu formula.
  2. HOSPITAL RAKAN BAYI-Pilih untuk bersalin di hospital rakan bayi kerana mereka akan menitikberatkan tentang penyusuan susu ibu selepas kelahiran.Jika anda bersalin bukan di hospital rakan bayi, pesan kepada misi yang bertugas untuk tidak memberikan susu formula kepada bayi sejurus dilahirkan & seterusnya. 
  3. SOKONGAN SUAMI & KELUARGA-Ini amat penting kerana suami & ahli keluarga boleh beri dorongan & semangat untuk memberikan susu ibu sepenuhnya.Selain itu, suami & keluarga boleh membantu melakukan kerja-kerja rumah untuk memberikan rehat yang cukup kepada ibu.
  4. JANGAN BELI SUSU FORMULA-Jangan sesekali membeli susu formula sebagai persediaan kerana risau tidak cukup susu.Ini kerana apabila anda gelabah anda pasti akan menggunakannya.
  5. KENALI BENTUK PUTING-Tahu bentuk puting anda samada jenis puting tenggelam, leper, atau timbul.Jika tenggelam/ leper, agak sukar untuk bayi menghisap & cari jalan bagaimana untuk membetulkannya.
  6. SUSU IBU MENCUKUPI-Set di minda bahawa susu ibu mencukupi untuk keperluan bayi.JIka bayi masih menangis setelah diberi susu, kenali tangisannya.Mungkin juga bayi sakit atau tidak selesa.Tetapi kita selalu beranggapan yang bayi tidak kenyang & tidak cukup susu.  
  7. PAM SUSU-Bagi ibu yang bekerja pam susu adalah penting.Pilih pam yang membantu ibu memudahkan proses pengepaman.Kriteria pam susu yang bagus adalah ringan, senang dibawa & tidak menyakitkan.
  8. TAHU CARA PERAH SUSU-Belajar cara/kaedah yang betul untuk memerah susu.Untuk ibu yang berkerja peralatan lengkap untuk dibawa ke pejabat diperlukan seperti pam susu, cooler bag/box, ice pack & bottle storage.
  9. SIMPAN PERAHAN SUSU-Tahu bagaimana untuk menyimpan perahan susu yang diperah dengan betul.Ini penting untuk memastikan susu yang diperah itu tidak rosak & tidak hilang khasiatnya.
  10. MENGGUNAKAN STOK PERAHAN SUSU-Untuk memanaskan susu beku yang telah dicairkan atau susu sejuk yang telah di letakkan di dalam peti sejuk, pastikan "air panas" yang digunakan hanya bersuhu 40'C sahaja bagi memastikan sel-sel hidup susu ibu tidak mati.  
  11. JANGKA HAYAT SUSU-Ketahui & fahami jangka hayat susu samada yang telah diperah, disejukkan & dibekukan.
  12. PENJAGA BAYI-Bagi yang menghantar bayi kepada pengasuh pastikan penjaga bayi tahu bagaimana untuk mengendalikan stok perahan susu ibu dengan baik. 
sekian, perkongsian dari saya..Semoga ibu2 diluar sana dapat menjayakan susu ibu secara ekslusif...JIka ingin mencari supplemet untuk menambah tenaga & milkbooster boleh la cari saya.


Dapatkan ilmu & maklumat yang lengkap sebelum anda membeli serta pastikan anda mendapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli sebarang produk shaklee dari saya.Konsultasi berterusan secara percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Hubungi saya di:-
https://www.facebook.com/norehanliya
https://www.facebook.com/mymamashoppe
011-32162841 | sms/whatsapp/call
ID | 949549 {liya}
Cash On Delivery | Shah Alam, Kg Jawa, Johan Setia, Jln Kebun, Sijangkang, Teluk Panglima Garang,Banting, klang, Usj, Sunway, Puchong & Kl.
Pengeposan ke seluruh Malaysia.



Tuesday, 7 October 2014

CoQHealth Plus Untuk Kesihatan Jantung

As salam..

Produk terbaru Shaklee

CoQHealth Plus untuk kesihatan jantung anda.




Apakah Coenzyme Q10 ni?

Ia adalah nutrisi larut lemak yang ditemui secara semulajadi dalam setiap sel tubuh kita untuk fungsi sel yang baik. Terutama pada organ-organ yang bekerja kerkas seperti jantung, hati, pangkreas dan buah pinggang.

Coenzyme Q10 bertindak umpama spark plug bagi sel bagi menukarkan makanan kepada tenaga untuk fungsi sel. Sel tubuh kita membakar gula dan lemak dari makanan kita, dan CoQ10 ni diperlukan dalam proses ini. Proses penghasilan tenaga inilah yang membolehkan jantung berdegup dan organ lain berfungsi.

Tanpa Coenzyme Q10, sel-sel kita tidak dapat menghasilkan tenaga.. umpama lampu tanpa starter. Walaupun lampu masih baru, bekalan elektrik elok, tapi tanpa starter lampu tak boleh menyala.

Tubuh kita menghasilkan CoQ10 sendiri, tapi penghasilannya makin menurun bila kita makin meningkat usia. Samalah seperti kolagen dan sebagainya. Faktor luar seperti diet yang tak seimbang, pendedahan terhadap redikal bebas dan penggunaan ubat-ubatan juga mengurangkan COQ10 dalam tubuh.

CoQ10 membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaannya mengepam darah sekaligus memperbaiki aliran darah.

Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi arteri dari pengoksidaan kolesterol LDL yang menyebabkan penyumbatan salur darah.








































Apakah perbezaan CoQHealth Plus:
  • Untuk mendapatkan jumlah CoQ10 yang setara, kita perlu makan 1.7kg ayam dan 2.8kg brokoli.
  • Diperkukuhkan dengan Vitamin E bagi membantu memberikan keupayaan antioksidan optimum yang berterusan kepada sel tubuh.
  • Ekstrak teh hijau mengandungi pricyanidins yang membantu menyokong kesihatan endothelium yakni lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung.
  • CoQ10 yang berasal dari sumber semulajadi dengan kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya adalah satu-satunya CoQ10 dari yis yang ditapai yang sumbernya telah diuji dan diyakini secara meluas mempunyai kualiti tinggi dalam sumber bioketersediaannya.
  • Bebas gluten.

* Produk ini bukan bertujuan mendiagnosis,mencegah,merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.

Dapatkan ilmu & maklumat yang lengkap sebelum anda membeli serta pastikan anda mendapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli sebarang produk shaklee dari saya.Konsultasi berterusan secara percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Hubungi saya di:-
https://www.facebook.com/norehanliya
https://www.facebook.com/mymamashoppe
011-32162841 | sms/whatsapp/call
ID | 949549 {liya}
Cash On Delivery | Shah Alam, Kg Jawa, Johan Setia, Jln Kebun, Sijangkang, Teluk Panglima Garang,Banting, klang, Usj, Sunway, Puchong & Kl.
Pengeposan ke seluruh Malaysia.









Monday, 6 October 2014

HB RENDAH SEMASA HAMIL

                 Assalamualaikum....

Hai semua hari nie sy nk share pasal HB RENDAH mase hamil...mesti ramai antara kita yg mengalami nya semasa hamil termasuk sy...mcm2 petua yg sy buat nk naikkan HB mase hamil mcm mkn kerangla hati ayam la tp xnaik jgk...makin turun lg adela...2blm kira ubat yg dktr srh mkn lg utk naikkan HB...tp skrg sy dh xrisau lg sb shaklee dh ade SUPPLEMENT utk org yg HB rendah mase hamil...selain naikkan HB byk lg kebaikan supplement shaklee nie..nti sy akan terangkan k...bace smpi hbs....

ANEMIA @ HB RENDAH semasa hamil  disahkan jika paras hemoglobin kurang dr 11.0gm/dl.klu parashemoglobin xcukup,kita akan berisiko mndpt anemia.HEMOGLOBIN ialah protien yg berfungsi membawa oklsigen keseluruh tisu bdn.ANEMIA akan terjd apabila sel darah merah yg matang & membawa oksigen berkurangan.

                    tahap anemia
                 <6.9 - sgt teruk
                 6.9<8.0 - teruk
               8.0<9.5 - sederhana
                                 9.0<10.5 - ringan


Namun begitu ia normal jika HB rendah sedikit semasa hamil kerana terdapt cecair yg berlebihan di dlm sel darah(berfungsi mencairkan sel2 darah merah)

Nie antara tanda2 korang ade darah rendah
-badan lemah
-tak bermaya
-cepat penat
-sering sakit kepala
-pening
-muka pucat
sesak nafas
-lemah daya ingatan

Kesan anemia
-kurang selera mkn
-kurang berat badan
-sukar utk berjln
-mental bercelaru

PUNCA HB RENDAH@ANEMIA
-kekurangan zat besi,vitamin B12,folat & erythropoitein
-kekurangan hormon(paras hormon tiriod yg rendah)
-gangguan pembentukan  sel darah merah spt talasemia

RISIKO HB RENDAH@ ANEMIA
-peratusan melahirkan anak pra matang adalah tinggi
-pertumbuhan janin terencat semasa dlm kandungan

Dengan mengambil supplement shaklee iaitu VITA LEA,VITAMIN C & B COMPLEX korang dpt mengurangka risiko mendpt anemia /korang mmg xkn ade anemia mase mengandung(in shaa allah)

VITA LEA
-multivitamin dgn 28 vitamin & mineral penting
-zat besi sebahagian drpd struktur hemoglobin yg mebawa oksigen ke tisu & sel.
-membantu dalam pembentukan sel2 darah merah.

VITAMIN C
-membnatu penyerapan vitamin B12 & zat besi
-membantu pengeluaran hemoglobin & meningkatkan pertahanan badan.

B COMPLEX
-membekalkan asid folik yg mencukupi dlm diet seharian bg wanita hamil.
-lengkap dgn 8 kumpulan vitamin termasuk B12 & folat
-meningkatkan sel darah merah & hemoglobin
PERKARA YG PERLU DIELAKKAN 
-Elakkan minum kopi, teh @ minuman bergas sebab akan mengurangkan kadar penyerapan vitamin & mineral kedlm bdn.
-elakkan mengambil vita lea dgn kalsium spt susu & cheese krn akan melemahkan penyerapan zat besi.
-pesakit TALASEMIA tidak digalakkn mengambil vita lea krn mengandungi iron.perlu mendaptkan nasihat doktor dahulu.

* Produk ini bukan bertujuan mendiagnosis,mencegah,merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.

Dapatkan ilmu & maklumat yang lengkap sebelum anda membeli serta pastikan anda mendapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli sebarang produk shaklee dari saya.Konsultasi berterusan secara percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Hubungi saya di:-
https://www.facebook.com/norehanliya
https://www.facebook.com/mymamashoppe
011-32162841 | sms/whatsapp/call
ID | 949549 {liya}
Cash On Delivery | Shah Alam, Kg Jawa, Johan Setia, Jln Kebun, Sijangkang, Teluk Panglima Garang,Banting, klang, Usj, Sunway, Puchong & Kl.
Pengeposan ke seluruh Malaysia.




"MENCEGAH ITU LEBIH DARI MERAWAT"

Sunday, 5 October 2014

Apakah Keistimewaan Vitalea Shaklee??

ASSALAMULAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA.....

Okay hari ni saya nk kongsikan 1 lagi produk shaklee.Pasti ramai yang dah tahu tentang produk ni.Jom kita tengok apa kelebihan vitalea shaklee nie.Pada yang belum tahu jom baca sampai habis ye...moga semua dapat manfaatnye..

KEISTIMEWAAN VITA LEA SHAKLEE
  • ~Vita lea shaklee merupakan multi-vitamin & mineral pertama dicipta di dunia.
  • ~Asalnye dikenali sebagai Vitalize-mineral & disingkatkan sebutan kepada vita-min,& perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari shaklee.
  • ~Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair(90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai vita lea.
  • ~Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diestrak daripada sayuran & buah,12 vitamin &7 mineral penting.
  • ~Ia diformulasikan secara komprehensif & data seimbang.
  • ~Tablet vita lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina.Ia dihasilkan dengan kaedah yang tekini & teknologi eksplosif yang kompleks (eksplo-tab).
  • ~Ia juga merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air & juga tubuh manusia.
  • ~Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protien untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
  • ~Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan vita lea shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
  • ~Vita lea telah dipilih oleh centre of science di Amerika Syarikat sebagai 'the best multi-vitamin' di dalam Public Interest pada tahun 2000.



JIKA DIAMBIL SETIAP HARI, VITA LEA MAMPU;-

*Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
*Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan ,penglihatan & pembinaan tisu.
*Mengandungi kalsium,fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan gigi & tulang.
*Biotin & asid pantotenik membantu untuk memetabolismakan lemak & karbohidrat dalam tubuh.
*Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.




* Produk ini bukan bertujuan mendiagnosis,mencegah,merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.

Dapatkan ilmu & maklumat yang lengkap sebelum anda membeli serta pastikan anda mendapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli sebarang produk shaklee dari saya.Konsultasi berterusan secara percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Hubungi saya di:-
https://www.facebook.com/norehanliya
https://www.facebook.com/mymamashoppe
011-32162841 | sms/whatsapp/call
ID | 949549 {liya}
Cash On Delivery | Shah Alam, Kg Jawa, Johan Setia, Jln Kebun, Sijangkang, Teluk Panglima Garang,Banting, klang, Usj, Sunway, Puchong & Kl.
Pengeposan ke seluruh Malaysia.




Saturday, 4 October 2014

Cara untuk menyimpan susu perahan.

As salam & selamat sejahtera..

Kali nie sy nak share macam mana cara nak simpan susu perahan.Ada antara ibu2 yang tidak tahu @ tidak pasti cara yang betul untuk menyimpan susu perahan.Harap dengan tips yang sy share nie dapat membantu ibu2 di luar sana yang ingin tahu cara yang betul untuk menyimpan susu perahan.

1-Simpan di dalam bekas atau plastic yang kecil, sebolehnya 1-4oz sahaja. Ini penting untuk mengelakkan susu terbazir kerana saiz perut bayi sangat kecil & selalunya bayi hanya akan minum sedikit demi sedikit. Jika kita bagi banyak terus, contohnya terus bagi 7oz kepada bayi, & bayi pula minum tidak habis,baki itu hanya boleh diminum dalam masa 1-2 jam sahaja.

2-Catatkan tarikh pada setiap perahan. Gunakan stiker putih atau warna terang & catat tarikh perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda anda ketahui tarikh ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.

3-Jangan campurkan susu perahan sesuka hati. Jika ingin campur susu perahan pada (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua suhu berada pada suhu yang lebih kurang sama
.Contohnya 1 ; Perah waktu pagi dapat 2oz.. perah waktu tengahari dapat lagi 2oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut , pastikan suhu keduanya adalah sama.
Contoh 2 ; Susu yang diperah waktu pagi dah letak dalam peti sejuk.Susu yang diperah waktu petang tidak boleh dicampur terus dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu perahn waktu petang tadi selama lebih kurang sejam. Apabila suhu hampir sama, barulah dicampurkan sekali.

4-Susu ibu yang asalnya beku & telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais. Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan. Oleh itu, semak tarikh pada bekas penyimpanan.Gunakan susu mengikut tarikh yang lama dahulu.

5-Cairkan dengan perlahan-lahan untuk mencairkan susu beku, terlebih dahulu letakkan susu dibahagian frige semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam supaya ia cair perlahan-lahan. Untuk lebih cepat, boleh letakkan susu beku dibawah paip yang mengalir
!! Elakkan dari mencairkan susu dalam sushu bilik (contohnya letak susu atas meja dapur atau di sinki).

6-Cara panaskan susu perahan. Panaskan botol susu di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas (tuangkan air panas dalam cawan atau bekas yang sesuai, kemudian rendamkan botol susu yang dh cair tadi ke dalam air panas tersebut). Pastikan susu dipanaskan dengan suhu yang tepat agar tidak merosakkan nutrien susu ibu.

7-Jangan sesekali memanaskan susu perahan menggunakan microwave oven atau secara  dengan menggunakan api dapur.Ini boleh mengakibatkan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat akan hilang.


8-Goncang perlahan susu yang dipanaskan & periksa suhu susu di belakang tapak tangan anda sebelum diberikan kepada bayi.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca...Harap2 berguna untuk ibu2 semua..

Friday, 3 October 2014

Promosi berganda shaklee

As salam & selamat sejahtera..

Bulan oktober nie merupakan bulan yang istimewa kerana Shaklee menawarkan promosi yang cukup hebat & menarik..2 produk yang sering mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna nya... iaitu..ESP & MEALSHKAES...

Bagi produk ESP SHAKLEE menawarkan promosi beli 6 percuma 1.. Dengan pembelian ini juga anda layak mendapat keahlian secara percuma..Selain itu anda juga layak mendapat bonus tunai pada bulan berikutnya...Setelah itu anda boleh membuat pembelian sebarang produk Shaklee dengan harga ahli. Menarik tak tawaran yang diberikan oleh Shaklee ini??Jadi apa tunggu lagi jom dapat kan segera..

ESP BUY 6 FREE 1

Selain ESP Shaklee juga menawarkan promosi MEALSHAKES... dengan pembelian 3 canisters anda akan mendapat 1 canister lagi secra percuma..Mealshakes nie bukan haya sesuai utk orang dewasa tetapi kanak2 yang berumur daripada 1 tahun sudah boleh mengambil mealshakes nie sebagai makanan tambahan mereka.Cuma berbeza kuantiti pengambilan sahaja.Jadi memang berbaloi untuk anda membeli sekarang kerana boleh berjimat. Dengan pembelian mealshakes juga anda dapat menderma..
   

mealshakes buy 3 free 1.




* Produk ini bukan bertujuan mendiagnosis,mencegah,merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.

Dapatkan ilmu & maklumat yang lengkap sebelum anda membeli serta pastikan anda mendapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli sebarang produk shaklee dari saya.Konsultasi berterusan secara percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Hubungi saya di:-
https://www.facebook.com/norehanliya
https://www.facebook.com/mymamashoppe
011-32162841 | sms/whatsapp/call
ID | 949549 {liya}
Cash On Delivery | Shah Alam, Kg Jawa, Johan Setia, Jln Kebun, Sijangkang, Teluk Panglima Garang,Banting, klang, Usj, Sunway, Puchong & Kl.
Pengeposan ke seluruh Malaysia.



Thursday, 2 October 2014

Praeklampsia semasa hamil? Berbahayakah??

As salam & selamat sejahtera..
Kadang2 kita sebagai ibu yang hamil nie xsedar tentang tentang penyakit ini jd di sini saya kongsikan info yang sy baca bersama anda untuk pengetahuan & perhatian kita semua untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini kepada diri & bayi kita.

PRAEKLAMPSIA
Keadaan ini berlaku dalam 1 daripda 10 kehamilan.Ia boleh timbul sekitar minggu ke-20 kehamilan sehingga beberapa hari sebelum kelahiran bayi.Ia berlaku disebabkan oleh kerosakan uri yang menyebabkan kekurangan darah.Uri membekalkan oksigen & nutrien kepada bayi.Jika praeklampsia tidak dikesan & berkembang menjadi eklampsia, ia boleh meragut nyawa anda & bayi anda.

GOLONGAN BERISIKO TINGGI
Sesiapa sahaja berisiko tinggi untuk mengalami praeklampsia.Ini termasuklah ibu yang pertama kali hamil & mempunyai  berat badan berlebihan.Sekiranya anda berusia lebih 40 tahun, anda juga berisiko.Begitu juga dengan anda yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai praeklampsia, tekanan darah tinggi,kencing manis atau penyakit buah pinggang.Sama juga halnya dengan anda yang pernah melahirkan bayi kembar & pernah mengalami praeklampsia pada kehamilan yang terdahulu.

SIMPTOM
Malangnya wanita yang mengalami praeklampsia tidak akan menyedari langsung simptom2 yang ada.Oleh sebab itulah, pemeriksaan entanal sangat penting.Dengan cara inilah,doctor dapat mengesannya melalui petunjuk daripada peningkatan tekanan darah, protein di dalam air kencing  & bengkak.Kesakitan di bahagian abdomen atas, muntah, sakit kepala yang teruk & gangguan penglihatan juga merupakan antara petunjuk praeklampsia.

KESAN

Praeklampsia boleh menyebabkan uri gagal berfungsi  dengan baik lalu memberi kesan kepada kepada perkembangan bayi.Jika anda disyaki mengalami praeklampsia,kelahiran bayi anda mungkin perlu melalui proses induksi.Dalam kes yang lagi teruk, anda mungkin di nasihatkan untuk melahirkan bayi secara caesarean.   

Jadi ibu yang sedang hamil @ yang ingin hamil tolongla ambil berat tentang kesihatan diri.Kalau boleh suruh suami pun baca sekali jd kalau kita xsedar suami boleh beritahu.Penting untuk keselamatan diri & bayi kita sepanjang proses kehamilam.

"TINDAKAN AWAL DAPAT MENYELAMATKAN NYAWA KITA & BAYI"

Wednesday, 1 October 2014

Chewable vita c shaklee dgn Ammar.


As salam& selamat sejahtera...
Hari ne sy nak share pasal Chewable vita c shaklee yang best nie dengan pembaca semua... sebelum nie ade la jgk bagi vitamin c jenma lain tp kesan die xde la mcm vitamin c nie..lgpn anak memang suka yang nie..

Sebelum nie kesihatan anak xde la berapa baik selalu juga diserang selesema..bile die sellau menagis hingus akan mudah keluar...pastu nak tggu baik mmg amik mase yang lame...tp sejak bg die chewable vitta c nie die dh jarang kene selesema..
Dulu setiap bulan akan amik stok ubat selesema n demam kt klinik..sebab die mmg akan demam & selesema...skrg nie stok ubat pun dh lame x amik..

Mase umur die 10 bulan starat berat badan die dh xnaik..selera makan die pn dh mula kurang...bile g klinik slalu la kene bebel ngan nurse.Hati ibu mane yang xrisau sebab sblm n ie die mmg jenis yang suka mkn n berisi..
lps 2 mula la try bg die mkn mcm2 vitamin mase umur die dh setahun..tp selera die tetap mcm 2 jgk n berat pn xbertambah...

Jd mase dh umur die 1tahun 4 bulan start bagi die minum mealshakes n chewable vita c nie...sebab dh xtau nk bg ape utk tmbh selera mkn n kuatkan imun die..Alhamdulillah xsmpi 1 minggu bg die mealshakes ngan chewable vita c nie kesihatan die bertambah baik n selera die pn dh makin bertambah. 

Skrg nie bangun tido je mesti mintak nasi..Makan pn berselera je...Pastu die nie jenis kulit yang sensitif dengan nyamuk...klu kene gigit nyamuk mesti merah n berbintik..pastu lame2 nti jd hitam kt kulit die n tinggalkan parut...Skrg nie masalah 2 dh xde...klu kene gigit nyamuk pn kejap je kesan merah 2 akan hilang...

so skrg hati sy dh xrisau tentang kesihatan die..sy akan berikan yang terbaik untuk anak2 sy...maklumla skrg nie byk penyakit yang kite xjangka...jd sy perlukan supplement yg terbaik untuk melindungi anak sy dari sebarang penyakit.

"mencegah itu lebih baik daripada merawat"

jom sy belanja foto anak sy yg suke sgt mkn chewable vita c shaklee nie..

pantang dgr bunyi botol cpt je die dtg

klu tunjuk botol kt die mmg die akan mntk lebih dari sebiji

dpt je terus masuk semua dlm mulut.

muka hepi lps dpt mkn chewable vita c



Dapatkan ilmu & maklumat yang lengkap sebelum anda membeli serta pastikan anda mendapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli sebarang produk shaklee dari saya.Konsultasi berterusan secara percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Hubungi saya di:-

https://www.facebook.com/norehanliya
https://www.facebook.com/mymamashoppe
011-32162841 | sms/whatsapp/call
ID | 949549 {liya}
Cash On Delivery | Shah Alam, Kg Jawa, Johan Setia, Jln Kebun, Sijangkang, Teluk Panglima Garang,Banting, klang, Usj, Sunway, Puchong & Kl.
Pengeposan ke seluruh Malaysia.

  

PRODUK INI BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENDIAGNOSIS, MERAWAT, MENCEGAH ATAU MENYEMBUHKAN SEBARANG PENYAKIT.


Popular Posts