As salam & selamat sejahtera..
Kadang2 kita sebagai ibu yang hamil nie xsedar tentang tentang penyakit ini jd di sini saya kongsikan info yang sy baca bersama anda untuk pengetahuan & perhatian kita semua untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini kepada diri & bayi kita.
PRAEKLAMPSIA
Keadaan ini berlaku dalam 1 daripda 10 kehamilan.Ia boleh
timbul sekitar minggu ke-20 kehamilan sehingga beberapa hari sebelum kelahiran
bayi.Ia berlaku disebabkan oleh kerosakan uri yang menyebabkan kekurangan
darah.Uri membekalkan oksigen & nutrien kepada bayi.Jika praeklampsia tidak
dikesan & berkembang menjadi eklampsia, ia boleh meragut nyawa anda &
bayi anda.
GOLONGAN BERISIKO TINGGI
Sesiapa sahaja berisiko tinggi untuk mengalami praeklampsia.Ini
termasuklah ibu yang pertama kali hamil & mempunyai berat badan berlebihan.Sekiranya anda berusia
lebih 40 tahun, anda juga berisiko.Begitu juga dengan anda yang mempunyai
sejarah keluarga yang mempunyai praeklampsia, tekanan darah tinggi,kencing
manis atau penyakit buah pinggang.Sama juga halnya dengan anda yang pernah
melahirkan bayi kembar & pernah mengalami praeklampsia pada kehamilan yang
terdahulu.
SIMPTOM
Malangnya wanita yang mengalami praeklampsia tidak akan
menyedari langsung simptom2 yang ada.Oleh sebab itulah, pemeriksaan entanal
sangat penting.Dengan cara inilah,doctor dapat mengesannya melalui petunjuk
daripada peningkatan tekanan darah, protein di dalam air kencing & bengkak.Kesakitan di bahagian abdomen
atas, muntah, sakit kepala yang teruk & gangguan penglihatan juga merupakan
antara petunjuk praeklampsia.
KESAN
Praeklampsia boleh menyebabkan uri gagal berfungsi dengan baik lalu memberi kesan kepada kepada
perkembangan bayi.Jika anda disyaki mengalami praeklampsia,kelahiran bayi anda
mungkin perlu melalui proses induksi.Dalam kes yang lagi teruk, anda mungkin di
nasihatkan untuk melahirkan bayi secara caesarean.
Jadi ibu yang sedang hamil @ yang ingin hamil tolongla ambil berat tentang kesihatan diri.Kalau boleh suruh suami pun baca sekali jd kalau kita xsedar suami boleh beritahu.Penting untuk keselamatan diri & bayi kita sepanjang proses kehamilam.
"TINDAKAN AWAL DAPAT MENYELAMATKAN NYAWA KITA & BAYI"


No comments:
Post a Comment