Friday, 26 September 2014

9 jenis sayuran paling berkhasiat & menyihatkan

Bawang besar
Antioksida semulajadi yang terkandung di dalam bawang besar ialah 'Quercetin'.Kajian telah membuktikan bahawa antioksidan ini mampu melawan kanser.Semangkuk kecil bawang besar yang dihancurkan mengandungi 61 kalori, tiada lemak & 3 gm serat.

Halia
Sebagai tumbuhan jenis rizom.Halia diakui mampu mengurangkan masalah keletihan, migrain & sakit arthritis.1 sudu teh air halia segar hanya mengandungi 1 kalori, tiada lemak & tiada serat.Anda noleh mengunyahnya secara segar @ hiriskan untuk digoreng.

Brokoli
Brokoli adalah antara sayuran hijau yang telah diakui khasiatnya.Ia mengandungi khasiat 'sulforaphane', yang berkesan membantu melawan penyakit kanser payudara.

Bayam
Karotenoid yang ada dalam bayam, iaitu 'lutein' & 'zeaxanthin' membantu meningkatkan daya penglihatan & mengurangkn risiko penyakit buta dikalangan warga tua.1 mangkuk bayam yang dihancurkan mengandungi 7 kalori, tiada lemak & 1 gm serat.

Kobis cina
Terdapat sesetengah penyelidikan berjaya menemui khasiat 'brassinin' di dalam kobis cina ini.Ia dipercayai mampu menghalang ketumbuhan dalam payudara.Selain itu, khasiat lain dalam sayur ini ialah 'indoles' & "isothiocyanates' yang membantu merendahkan paras estrogen & menjadikan sayur ini sebagai sayur terbaik melawan kanser payudara.1 hidangan sayur ini mengandungi 158 mg kalsium & secara tidak langsung ia mampu melawan osteoporosis.

Labu
Ia kaya degan khasiat vitamin C dan betakaroten.Kandungan ini dipercayai mampu melawan kanser.Satu mangkuk labu mengandungi
 80 kalori, 1 gm lemak dan 6 gm serat.

Bawang putih
Kandungan sulfur yang ada pada bawang putih menjadikan ia hidangan berkesan merendahkan kolestrol tidak baik dalam tubuh anda,menurunkan paras gula darah dan mengurangkan risiko kanser usus dan perut.Bawang putih mengandungi 4 kalori,tiada lemak dan serat.

Pegaga
Khasiat yang terkandung dalam daun ini ialah 'phenethyl isothiocyanate', betakaroten, vitamin C dan E.Secara ringkas, daun pegaga diakui berkesan melawan pertumbuhan sel kanser.Satu mangkuk hidangan daun pegaga  mengandungi 4 kalori, tiada lemak dan 1 gm serat.

Artichokes
Sayur ini mengandungi 'silymarin', sejenis antioksidan yang membantu melawan kanser kulit.Selain itu, ia juga berkesan dalam mengawal kolestrol.Satu biji 'artichokes' bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori, tiada lemak dan 7 gm serat.

sumber rujukan:Majalah Rapi.

No comments:

Popular Posts