Monday, 22 September 2014

Manfaat limau nipis

As salam & selamat sejahtera semua..
harap semua dalam keadaan sihat walafiat hendak nya ya.Kali ni sy xnk share pasal supplement tp sy nk share petua kecantikan yang boleh kita buat dari bahan yg kita selalu gunakan di dapur iaitu LIMAU NIPIS.Banyak sebenarnya manfaat limau nipis nie selain untuk digunakan dalam masakan.

Mesti ada yang sudah tahu tentang petua ini tapi pada yng belum tahu jom  saya kongsikan.Tp bagi yng tidak suka bersusah payah nak buat semua ni boleh amalkan pengambilan supplement yang bersesuaian & pastikan produk 2 selamat ye.
Okay ni antara manfaat yang kita boleh dapat dari lamau nipis.

MANFAAT LIMAU NIPIS PADA WAJAH

~MENGECILKAN PORI-PORI
Potong limau secara nipis & sapukan pada sekitar hidung & pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.

~MENGHALUS & MENCERAHKAN KULIT
Potong limau secara nipis & sapukan pada bahagian kulit wajah yang gelap & kusam.jika di amalkan setiap hari kulit anda pasti akan kelihatan lebih halus & cerah.

~MENGHILANGKAN BINTIK HITAM
Potong limau nipis menjadi 2 bahagian & gosokan pada wajah secara lembut & perlahan-lahan.BIarkan ia kering terlebih dahulu sebelum dibilas dengan air suam.Selepas itu, bilas pula dengan air sejuk.Pastikan limau nipis tesebut tidak disapukan pada bahagian kulit wajah yang luka akibat jerawat kerana ia akan menyebabkan rasa pedih.

~MENGHILANGKAN JERAWAT
Campurkan 1 sudu besar perahan air limau nipis dengan 1 sudu madu & gaulkan sehingga rata.Kemudian, sapukan campuran yang telah digaul rata tadi pada wajah selama 30 minit @ biarkannya sehingga kering.Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK RAMBUT

~MENGHILANGKAN KELEMUMUR

Gunakan air limau nipis & sapukan pada rambut & kulit kepala.Biarkan 20-30 minit sebelum dibilas.Untuk hasil yang tidak mengecewakan anda boleh lakukan lebih daripada sekali.

~MENGATASI RAMBUT GUGUR
Untuk mengatasi rambut gugur,ambil sebiji limau nipis & perah untuk mendapatkan airnya.Air tersebut kemudiannya disapu  pada kulit kepala & biarkan semalaman.Untuk hasil yang lebih cepat boleh lakukan setiap hari.

MANFAAT LAIN LIMAU NIPIS

~MENGHILANGKAN BAU KETIAK
Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sireh & gosokkan di celah ketiak.Kemudian, bilas dengan air bersih.Lakukan 2 kali sehari & anda pasti akan dapat rasakan perubahannya.

~MELEGAKAN KETEGANGAN
Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis & perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya.Perahan limau tadi hendaklah dicampurkan dengan sedikit air.Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang.

~MEMBERSIH & MENCANTIKKAN KUKU
Gunakan air perahan limau nipis & gosokkan pada kuku anda & lihat hasilnya.pasti tidak mengecewakan.

Selamat mencuba….  

Kalau anda nk cari supplement shaklee boleh cari saya ye..in shaa allah sy akan bantu anda mendaptkan supplement yg sesuai  bersesuain dengan kehendak & budget anda.

http://www.facebook.com/norehan liya
011-32162847.  

No comments:

Popular Posts