As salam & selamat sejahtera ibu2 & bapa2 semua...
Apabila anak terkena demam pasti kita sebagai ibu bapa yang akan merasa risau.Jadi sebagai ibu bapa yang prihatin kita perlu tahu bagaimana demam boleh berlaku & cara yg perlu dilakukan seawal mungkin untuk mengelakkan demam anak makin melarat.
Definasi demam
-Demam bermakna badan sedang melawan virus/bakteria yang sedang menyerang badan.
-Demam bermakna badan sedang melawan virus/bakteria yang sedang menyerang badan.
Ada sesetengah ibu bapa yang akan terus memberi ubat jika mendapati anak mereka demam.Ini akan mengganggu pembentukan imun badan.Ia berkemungkinan bila badan diserang virus/ bakteria, antibodi badan akan mengangkat senjata melawan & ketika itu badan akan menjadi panas.
Jika kita beri ubat, virus/bakteria yang menyerang itu akan tidur sebentar & suhu badan pun akan menurun.Apabila virus/bakteria terjaga, imun badan yang baru akan mengangkat senjata untuk melawan (badan akan jadi panas semula).
Jika kita beri ubat lagi maka virus/bakteria tadi akan terlena semula (suhu badan pun turun).Begitulah keadaan virus/bakteria akan bangun tidur, bangun tidur maka pembentukan sistem imun badan pun tidak terbentuk dengan sempurna.
Bagi anak bawah 6 bulan, breastfeeding dengan kerap.Dengan penyususan yang kerap susu ibu mampu membina antibodi anak dengan semulajadi.
Untuk memastikan suhu badan tidak naik semakin tinggi, kita boleh jaram/basahkan/mandikan anak kita.Jangan khuatir/takut untuk kerap mandikan anak kita.Kita boleh mandikan dengan air suam.
Ada sesetengah anak yg tidak suka dengan aktiviti jaram/jerlum dgn tuala basah ni, maka LEMON SOCK boleh dipraktikkan.Caranya hanya basahkan stokin keseluruhannya dengan air perahan lemon.Stokin ini bukan bertujuan memberi kepanasan tetapi untuk menyedut panas dalam badan.Pakaikan stokin panjang sampi lutut pn takpe, apabila stokin dh agak2 kering, basahkan lagi.
Sekiranya tiada lemon, boleh juga menggunakan cuka kurma, cuka epal, air asam jawa atau hirisan bawang putih.
Untuk mandian boleh juga dicampur 2-3 sudi cuka epal/cuka kurma/epsom salt untuk mengawal suhu badan anak kita.Setelah mandikan mereka, boleh sapukan minyak garlic {bawang putih yg dibakar+minyak masak} di belakang anak, dada & tapak kaki.Selain itu, boleh juga sapu minyak habatussauda.
Dalam masa yang sama, upkan imun anak.Bagi anak2 yg berusia 8 bln me atas boleh diberikan air kelapa, yogurt natural, air barli homemade, sup tulang/sup ayam yg direneh lama sedikit mengikut kesesuaian umur anak.


No comments:
Post a Comment