Thursday, 25 September 2014

Penyakit Buasir

As salam & selamat sejahtera...
Jom baca perkongsian sy mengenai penyakit buasir.Moga bermanfaat utk anda...

BUASIR

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum & dubur.Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu & menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal & berdarah.
Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' & membonjol.Kadangkala ia pecah, terutama seaktu meneran.

JENIS-JENIS BUASIR

Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman & buasir luaran.

BUASIR DALAMAN
Lazimnya buasir jenis ini tidak akan berasa sakit & gatal kerana ia terletak jauh dari ke dalam rektrum.Buasir dalaman tidak berbahaya tetapi meneran & gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan najis yang bergetas & menyebabkannya berdarah.Anda akan melihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu @ magkuk tandas.Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapatkan nasihat doktor, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan @ kanser kolorektrum.

BUASIR LUARAN
Apabila sahaja salur darah vena rektrum terenggang  atau memberi & terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya.Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang terdahulu.Buasir inilah yang selau kita dengar & mengakibatkan gejala2 seperti sakit, pedih & gatal di dubur.Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya akan menyebabkan ia terasa amat sakit.

TANDA-TANDA GEJALA BUASIR
Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai di sekitar bahagian dubur.Rasa gatal @ pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas @ semasa membuang air besar diikuti rasa perit & sakit.

PENYEBAB UTAMA

  • Meneran (ketika najis keras @ sembelit).
  • Batuk yang teruk.
  • Duduk mencangkung terlalu lama di dalam tandas.
  • Bersalin.
  • Mengangkat berat.
  • Cirit birit.
  • Pengalaman seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual & homoseksual.
RISIKO

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda:


  1. Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir.
  2. Meneran semasa membuang air besar.
  3. Mengandung.
  4. Mengalami batuk yang melampau & berpanjangan.
sumber: majalah rapi

     



No comments:

Popular Posts