Wanita yang sedang hamil hendaklah mendapatkan bekalan zat & vitamin yang cukup kerana ini penting untuk kesihatan diri & bayi dalam kandungan.
Sebenarnya, zat &vitamin yang diperlukan oleh seseorang telah tersedia dalam makanan harian.Jika pandai memilih jenis makanan & lebih baik daripada yang diambil daripada pil atau ubat-ubatan tertentu.
Akan tetapi, jika melalui makanan harian yang tidak membantu, para ibu digalakkkan mengambilnya melalui makanan tambahan & memakan pil tertentu dengan nasihat doktor.
Antara makanan harian yang mengandungi zat & vitamin yang penting bagi ibu hamil adalah:-
✅ ZAT BESI
Membekalkan oksigen dalam darah & sel2, meningkatkan keaktifan enzimserta berkesan terhadap anemia.Zat ini terdapat dalam daging, kuning telur, limpa, hati, tiram, kacang soya, kacang pis, bijirin, sayuran, kismis & buah-buahan lain.
✅KALSIUM
Untuk tulang & gigi.Terdapat dalam susu & hasil-hasil lain seperti hasil ternakan, telur, tauhu, makanan laut & sayuran berdaun hijau.
✅PROTIEN
Untuk membina darah, sel-sel, tisu-tisu & organ di dalam badan.Terdapat dalam susu, ikan, telur,daging, kacang pis & kacang yang kering, makanan laut & lain-lain.
✅UNSUR MINERAL.
Unsur ini ada dalam makanan laut, limpa, sayuran berdaun hijau & kuning telur.
✅VITAMIN A
Baik untuk mata, pertumbuhan otak & hati serta anti kanser.Vitamin ini terdapat dalam susu asli, sayur, kuning telur, mentega, minyak sayuran, buah-buahan, minyak hati ikan & lain-lain.
✅VITAMIN B COMPLEX
Melancarkan peredaran darah & boleh didapati dalam bijirin, telur, limpa & sayuran berdaun hijau.
✅ VITAMIN C
Baik untuk pencegahan kanser, mengurangkan kolestrol.Terdapat dalam kumpulan buah limau, cili hijau, teh hijau & semua jenis sayuran.
✅VITAMIN D
Membantu pengapuran tulang & gigi, mengimbangi paras fosforus dalam darah & melaraskan metabolisma kalsium & fosforus. Terdapat dalam semua ikan, susu, ragi, sayuran, cendawan, minyak ikan, limpa, cahaya & sinaran matahari.
✅VITAMIN E
Mencegah keuzuran otot & baik untuk kulit. Vitamin ini boleh didapati dalam bijirin, kacang pis, susu, & kuning telur. Elakkan makanan yang ada berlebihan karbohidrat, lemak & gula


No comments:
Post a Comment