Ovarian cyst merupakan satu bentuk ketumbuhan yang secara majoritinya terdiri daripada cecair di dalam dinding selaput yang nipis.Ovarian cyst terletak di dalam ovari seorang wanita & kebiasannya lewat untuk di kesan kewujudannya.
Ketumbuhan ini boleh menjadi semakin membesar dari sebesar saiz sebiji batu kecil sehinggalah ke saiz sebiji buah tembikai.Menurut Dr.zubaidi Hj Ahmad, Ovarian Cyst bukanlah bersifat penyakit.
Dr.Zubaidi juga berkata, "Pada wanita yang normal,setiap kali kitaran haid, organ ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovari folikel.Ia mengandungi ovum (benih wanita).Selepas ovum dikeluarkan, ovarian folikel ini akan mengecut,tetapi ada sesetengahnya terus membesar melebihi 2cm.Ini dinamakan ovarian cyst."
Kebanyakkan wanita mula sedar yang mereka ada ovarian cyst selepas menjalani ujian ultrasound untuk mengenal pasti tahap kesuburan mereka.Ovarian cyst yang normal akan membesar & pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi.Cyst yang pecah ini dinamakan follicle.Jika cyst ini tidak pecah,saiznya akan bertambah besar & ini dinamakan functional cyst.Ia tidak merbahaya melainkan jika saiznya semakin membesar & terus membesar.


No comments:
Post a Comment