Saturday, 4 October 2014

Cara untuk menyimpan susu perahan.

As salam & selamat sejahtera..

Kali nie sy nak share macam mana cara nak simpan susu perahan.Ada antara ibu2 yang tidak tahu @ tidak pasti cara yang betul untuk menyimpan susu perahan.Harap dengan tips yang sy share nie dapat membantu ibu2 di luar sana yang ingin tahu cara yang betul untuk menyimpan susu perahan.

1-Simpan di dalam bekas atau plastic yang kecil, sebolehnya 1-4oz sahaja. Ini penting untuk mengelakkan susu terbazir kerana saiz perut bayi sangat kecil & selalunya bayi hanya akan minum sedikit demi sedikit. Jika kita bagi banyak terus, contohnya terus bagi 7oz kepada bayi, & bayi pula minum tidak habis,baki itu hanya boleh diminum dalam masa 1-2 jam sahaja.

2-Catatkan tarikh pada setiap perahan. Gunakan stiker putih atau warna terang & catat tarikh perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda anda ketahui tarikh ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.

3-Jangan campurkan susu perahan sesuka hati. Jika ingin campur susu perahan pada (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua suhu berada pada suhu yang lebih kurang sama
.Contohnya 1 ; Perah waktu pagi dapat 2oz.. perah waktu tengahari dapat lagi 2oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut , pastikan suhu keduanya adalah sama.
Contoh 2 ; Susu yang diperah waktu pagi dah letak dalam peti sejuk.Susu yang diperah waktu petang tidak boleh dicampur terus dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu perahn waktu petang tadi selama lebih kurang sejam. Apabila suhu hampir sama, barulah dicampurkan sekali.

4-Susu ibu yang asalnya beku & telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais. Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan. Oleh itu, semak tarikh pada bekas penyimpanan.Gunakan susu mengikut tarikh yang lama dahulu.

5-Cairkan dengan perlahan-lahan untuk mencairkan susu beku, terlebih dahulu letakkan susu dibahagian frige semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam supaya ia cair perlahan-lahan. Untuk lebih cepat, boleh letakkan susu beku dibawah paip yang mengalir
!! Elakkan dari mencairkan susu dalam sushu bilik (contohnya letak susu atas meja dapur atau di sinki).

6-Cara panaskan susu perahan. Panaskan botol susu di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas (tuangkan air panas dalam cawan atau bekas yang sesuai, kemudian rendamkan botol susu yang dh cair tadi ke dalam air panas tersebut). Pastikan susu dipanaskan dengan suhu yang tepat agar tidak merosakkan nutrien susu ibu.

7-Jangan sesekali memanaskan susu perahan menggunakan microwave oven atau secara  dengan menggunakan api dapur.Ini boleh mengakibatkan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat akan hilang.


8-Goncang perlahan susu yang dipanaskan & periksa suhu susu di belakang tapak tangan anda sebelum diberikan kepada bayi.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca...Harap2 berguna untuk ibu2 semua..

No comments:

Popular Posts