Sunday, 16 February 2014

Bayi Dan Jaundis

As salam & selamat sejahtera...

APA ITU JAUNDIS?
Jaundis dikalangan bayi dikenalpasti daripada mata & kulit yang berwarna kekuningan.Sebanyak 75% darpada bayi yang baru lahir mendapat jaundis.

APA YANG MENYEBABKAN JAUNDIS?
Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia diproses di dalam hati & dibuang melalui najis & air kencing. Walau bagaimanapun, hati bayi yang baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna. Oleh itu, tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan. Keadaan inilah yang menyebabkan jaundis.

ADAKAH JAUNDIS MERBAHAYA?
Jaundis yang teruk @ tahap bilirubin  yang tinggi di dalm badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak & kematian bayi.

APAKAH TANDA-TANDA BAYI DALAM BAHAYA?
Apabila bayi anda mengalami;-
  • ·       Jaundis dalam 24 jam selepas dilahirkan.
  • ·       Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat.
  • ·       Kurang aktif, tidak sihat @ demam.
  • ·       Enggan menyusu.
  • ·       Mengalami kekejangan.
  • ·       Jaundis berterusan melebihi 14 hari.
  • ·       Najis bayi pucat @ air kencing berwarna teh.

BAYI YANG BAGAIMANAKAH SERING MENDAPAT JAUNDIS?
  • ·       Bayi pramatang.
  • ·       Bayi yang mengalami infleksi.
  • ·       Bayi kekurangan G6PD.
  • ·       Bayi yang tidak mempunyai keserasian kumpulan darah dengan ibunya.

  1. -Ibu mengalami Rhesus Negatif (Rh-ve)
  2. -Ibu dari kumpulan darah jenis O.

APAKAH MASALAH JANGKA MASA PANJANG DARIPADA JAUNDIS?
Sekiranya tidak dirawat dengan segera bayi boleh mengalami:
  • ·       Masalah pendengaran (pekak).
  • ·       Masalah pembelajaran.
  • ·       Kecacatan intelektual.
  • ·       Palsi serebrum (cerebral palsy)

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN OLEH IBUBAPA SEKIRANYA BAYI MENGALAMI JAUNDIS?
  • ·       Dapatkan rawatan segera di klinik @ hospital berhampiran.
  • ·       Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi.
  • ·       Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari.
  • ·       Tingkatkan tahap penyusuan bayi.


No comments:

Popular Posts