Thursday, 29 May 2014

Tips elak botol Bpa

As salam & selamat sejahtera...
entry sebelum ini saya dah kongsikan mengenai apa itu BPA & bahaya BPA.Sebagai ibubapa kita mesti nak berikan yang terbaik untuk anak kita.
Kali ini pula saya berikan tips untuk mengelakkan menggunakan botol BPA.




TIPS ELAK BPA PADA BOTOL SUSU ANAK

#Gunakan botol susu kaca atau stanless steel(tahan lama & tak perlu risau tentang BPA)
#Boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA(tapi perlu tukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan).Elakkan menggunakan botol polikarbonat.
#Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat,pastikan ia tidak dijemur,tidak dipanaskan & tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
#Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik & span,bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
#Gunakan sabun yang sesuai untk mencuci botol anak anda.


TIPS ELAK BPA

Mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan botol yang mengandungi BPA ini,tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut;
  • Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  • Kurangkan pengambilan makanan dalam tin,pilih yang segar atau yang sejuk beku.Jika mahu yang segera,pilih yang dalam botol kaca.
  • Seboleh mungkin gunakan bekas makanan porselin,kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman yang panas.
  • Berikan mainan yang selamat untuk anak anda.Lihat kot plastik dibawah permainan.Kod 7 adalah polikarbonat(elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  • Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan,bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. 
  • Janagn biarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta,dan kemudian meminumnya.
Berminat dengan produk shaklee?
Nak jadi ahli shaklee?


sebarang pertanyaan & order
boleh hubungi saya{liya}
014-7123073{sms/call/whatsapp}
fb {norehan liya]
fb page {my mama shoppe}
Cod selangor {shah alam,banting,usj,teluk panglima garang,
jalan kebun,sunway,petaling jaya,puchong & kL.
Cod perak {changkat lada,kg gajah,seberang perak,lumut,
setiawan,manjung & teluk intan.







No comments:

Popular Posts