As salam & selamat sejahtera...
Ini antara masalah yang paling kerap berlaku
kepada ibu hamil. Ada yang mengalaminya semasa hamil sahaja. Gestational diabetes berbahayakah? jom baca...
Ia adalah diabetes yang dialami semasa
hamil.Tubuh anda biasanya menghasilkan hormon insulin yang mengawal glukosa
agar kekal dalam darah. Walau bagaimanapun, hormon kehamilan kadangkala boleh
mengganggu proses ini.
GOLONGAN BERISIKO TINGGI.
Sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Namun
segelintir ibu hamil lebih berisiko mengalaminya. Ini termasuklah golongan ibu
yang berusia, yang mempunyai indeks jisim tubuh yang tinggi & anda yang
mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.
SIPMTOM
Anda akan mengalami dahaga keterlaluan, kerap
membuang air kecil & mudah letih. Gula di dalam air kencing adalah salah
satu simptomnya. Jika ia dapat dikesan, anda akan diberi ujian toleransi
glukosa.
Anda perlu minum air gula & perlu mengambil
ujian darah sebelum & selepas minum air gula bagi mengesahkan anda
mengalami diabetes atau sebaliknya. Selain itu, jika doktor mendapati saiz bayi
besar, anda juga perlu menjalani ujian yang sama.
RAWATAN.
Doktor akan memantau bagi memastikan tahap gula
dalam darah adalah normal.Kebanyakkan wanita hamil. Kebanyakkan wanita hamil
mengawal diabetes dengan menjaga pemakanan & senaman.
Ada juga ibu hamil yang perlu mengambil suntikan
insulin. Keadaan ini biasanya kembali normal sebaik sahaja bayi dilahirkan
tetapi anda masih perlu menjalani pemeriksaan susulan selepas melahirkannya.



No comments:
Post a Comment