As salam & selamat sejahtera...
‘POLYCYSTIC OVARY’ atau pcos adalah suatu keadaan di mana kilang
telur atau ovari yang terdapat pada sesorang wanita akan menjadi bengkak kerana
benih-benih telur terperangkap di dalam ovari & tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur.
Dan apabila keadaan seperti ini berlaku,
lama-kelamaan ovari akan membengkak & menimbulkan pelbagai jenis masalah
pada wanita tersebut.
Ciri-ciri yang dapat dilihat oleh doktor pakar
sakit puan semasa pemeriksaan ‘vaginal
ultrasound’ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak & membesar
sehingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa.
Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi
bintik-bintik hitam iaitu apa yang
digelar ‘honeycomb appearance’. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur
atau benih wanita yang telah terperangkap.
Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak
teratur & terdapat rambut pada kaki,
badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami
masalah kilang ovari bengkak atau ‘polycystic ovary’.
Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan
wanita-wanita di Malaysia & dianggarkan berada pada tahap yang agak
membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan & keupayaan mereka untuk
hamil & melahirkan anak.
TANDA TANDA PENYAKIT PCOS
TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.
Kebanyakkan pesakit PCOS datang berjumpa doktor
pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hamil walaupun sudah
beberapa tahun berkahwin ( masih belum mendapat zuriat & telah lama mencuba).
Ada yang Berjaya mendapatkan anak pertama tetapi
gagal untuk hamil selepas itu & mereka ini mudah mengalami peningkatan
berat badan serta berlaku secara mendadak.
HAID YANG TIDAK TERATUR
Tanda yang biasa bagi pesakit PCOS adalh
kkitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid & kadang- kadang jarak
antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang
haid yang berikutnya. Dan sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang
haid.
GEMUK
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang
wanita itu mengalami masalah kegemukan atau obesity, malah peningkatan berat
badan ini berlaku secra mendadak selepas ia berkahwin & pada ketika itu
pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak
subur kerana telur tidak dapat menetas.
DARAH HAID SEDIKIT ATAU/DAN BERPANJANGAN.
Wanita ynag menhidap penyakit PCOS ini akan
mengalami haid yang sangat sedikit ( hanya menitis selama 2 atau 3 hari). Ada
juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan hingga 15
ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi kepada wanita normal,
seperti biasa haid akan keluar dengan
sederhana selama seminggu.
TUMBUH RAMBUT
Tanda-tanda lain adalah tumbuh rambut pada kaki,
tumbuh misai & janggut ( juga tumbuh rambut pada bahagian tangan & ada
kalanya di bahagian dada). Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah
wanita tersebut & merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan
penghidap penyakit PCOS ini.


No comments:
Post a Comment