Wednesday, 12 November 2014

Placental Abruption Semasa Hamil

As salam & selamat sejahtera....

Kebanyakan kehamilan tidak mengalami sebarang masalah. Namun begitu terdapat beberapa keadaan yang memerlukan kita supaya lebih prihatin sepanjang kehamilan.

Jom baca perkongsian saya mengenai masalah ini supaya kita dapat mengelakkan sebarang masalah yang lebih serius lagi terjadi kepada kita & bayi. Semoga kita semua dijauhkan daripada masalah ini.

APA ITU PLACENTAL ABRUPTION?
Placental abruption berlaku apabila uri secara keseluruhan atau sebahagiannya terpisah denagn dinding rahim.

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI?
Kira-kira satu dalam 120 orang wanita akan mengalami keadaan ini tetapi tahap keseriusannya adalah berbeza antara satu sama lain.
·        Tekanan darah tinggi.
·        Umur melebihi 35 tahun.
·        Pernah mengalami trauma di bahagian abdomen seperti kecederaan akibat kemalangan kereta, merokok, minum alcohol & penyalah gunaan dadah.

APAKAH SIMPTOM-SIMPTOMNYA?
Lebih kurang 80% wanita hamil yang mengalami keadaan ini akan berisiko mengalami pendarahan.Ada juga yang mengalami sakit abdomen yang teruk & kawasan sekitar rahim lembut.Kadang-kadang anda boleh mengetahui kawasan pendarahan  di bahagian dalaman melalui ujian imbasan yang dilakukan oleh doktor.

RAWATAN

Rawatan adalah bergantung pada tahap lekangan.Kadang kala pemisahan sebahagian atau yang kecil tidak mendatangkan masalah tetapi dalam kebanyakkan kes yang serius, bayi dalam kandungan perlu dilahirkan secepat mungkin, biasanya melalui kaedah pembedahan ceasarean.

No comments:

Popular Posts